Latest Entries »

Mata gua rasa macam dah di gam-gam. Tangan menggedik nak tulis. Idea kat otak mencurah-curah. Jadik? Tak reti-reti lagi? Sila baca dengan penuh dedikasi ye sahabat!! (haha..intro paling jujur pernah gua buat)

Ok. Balik kerja tadi gua gi shopping. Singgah Jusco Au Keramat. Beli spender. haha. Jujur nih! Gua dah takde spender..lalalala..

Penat shopping, gua lepak old town. Makan. Mee Jawa ngan Kopi. (Tapi dalam menu, bukan main lagi nama. Standard aaa..promo! )

Dalam dok makan sorang-sorang tu, ada sorang lagi minah duduk meja sebelah gua. Ooopss…ni bukan cerita macam Kejadian Misteri hari tu ya..ni kisah betul~ miahaha.

Ok. Berbalik pada kisah di old town tadi. Gua tengok minah tu order fresh orange. Gua rasa aar.. (err old town ada jual fresh oren eh? kalau takde, maknanya gua kencing lu orang ah ni! haha. ) Tapi tak kisah aar. Janji air yang dia order tu dalam gelas dan berwarna oren~ Dalam dok menunggu mee jawa gua sampai, gua teringat kisah motivasi ni. Layan eh~

 

————————————————————————————————————————————————————————

KISAH SATU : Cawan Garam

Kampus Universiti- 2002

Sudin angin satu badan. Apa nak buat pun tak kena. TENSEN SUNGGUH! Jiwa nya kacau, awek dia lari, exam nak dekat, 7 boxer dia sidai kat ampaian hilang, berus gigi jatuh dalam mangkuk jamban, motor tayar pecah, laptop hilang, player dia dalam EPL fantasy tak perform, MU kalah, kad ATM patah, hp jatuh longkang..perghhhh serabut otak!! (hehe pandai tak gua create bagi masalah kaw2 punye?)

Dia jadi buntu.Semua tu berlaku dalam satu HARI!! Lalu Sudin nekad balik ke bilik. Dengan hati yang sangat tak tenteram..dia selok poket.

“CINABENG! gua tertinggal kunci bilik kat kedai mamak tadi~” Sudin garu kepala. Lalu Sudin mengetuk pintu bilik sekuat hati dengan harapan roomatenya Sameon ada kat bilik. Hampir 5 minit dia ketuk pintu baru la Sameon bukak. HATI DAH PANAS! tengok muka Sameon yang senyum kambing menyambut kepulangannya umpama Tentera Israel lapar penumbuk.

“Apsal lama sangat nak bukak pintu?” jerkah Sudin. Terkepot-kepot Sameon dibuatnya.

“Err..sorry la sahabat. Gua solat Isya’ tadi..” jawapan Sameon buat Sudin terdiam.

Melihat Sudin yang terus landing atas katil membuatkan Sameon tertanya-tanya. Pasti si jebon ni ada masalah. Sameon beranikan diri untuk tanya..

“Oi..lu ni kenapa beb? Gua tengok lu ni..-”

Tak sempat Sameon habis tanya, Sudin dah bangkit dari katil dan satu-satu masalahnya di ceritakan pada sahabat baiknya itu.

“Kau tau Meon, hari ni gua rasa macam dunia ni iri hati kat gua. Gua ngan Joyah dah clash, pagi tadi berus gigi gua jatuh jamban……bla bla bla bla…” dan…satu-satu masalah di ceritakan pada Sameon. Sameon terlopong. Humang aih..budak ni ada badi ke apa?

Selesai Sudin bercerita, Meon ada idea! Dia amik segelas cawan ngan balang garam. Sameon tuang air dalam cawan tu dan 10 sudu garam. Dia dengan selamba suruh Sudin minum. Sudin jegil mata.

“Kau gila ke apa? Nak aku kene darah tinggi?”

“Minum je. Minum sikit..”

Sudin pun minum sikit. Dalam hati dia sempat pikir..’ dah la nasib aku malang hari ni, dapat pulak kawan macam ni..malang bertimpa-timpa aku ni!’

pprrrrrr… (camne nak wat expresion tersembur ah?  haha..korang bayangkan je laa ye)

“Oi! Masin bodoh!”

“Memang la masin…jap!” Sameon berlari ke toilet. Dia isi baldi kaler pink kepunyaan Sudin penuh dengan air paip. Bila balik bilik, dia tuang 10 sudu garam jugak dalam baldi tu. Kemudian dia suruh Sudin minum sikit.

“Nah! Lu minum air dalam ni pulak!”

Macam orang bodoh, Sudin pun follow on call. Dia ceduk air dalam baldi pakai tangan pastu dia hirup.

“Eh..tak masin aar..”

“Haa! tu la motif gua nak bgtau lu. Tadi lu tengok, gua letak garam dalam kuantiti yang sama kan? Ok, Garam tu umpama Masalah. Air tu pulak umpama HATI kita. Kalau lu punya hati kecik, maka masalah lu akan terasa besar. Tapi lu tengok, kalau hati lu besar macam baldi, Masalah lu pun tak terasa. Jadi lapangkan hati. Tenangkan fikiran, amik ni semua jadi iktibar dan DUGAAN dalam hidup. Gua sahabat lu bhai. Gua tak mau tengok lu sedih macam ni…” Panjang lebar penerangan Sameon. Sudin mencebik bibir. Walaupun dalan hatinya, dia terima bulat-bulat nasihat Sameon.

“Ala Meon, kau boleh la cakap macam tu. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Aku tertekan gila bab ni tau tak!”

“Dengar nasihat gua beb. Lu gi amik air semayang, lu semayang Isya’ lu. Ingat, lapangkan dada..tenangkan hati dan sabar. Kita nak exam minggu depan.Oh ya..Malam ni gua tak tido bilik. Jap lagi abang gua amik gua…”

Sudin membulatkan mata.

“Perghh…sampai hati ko tinggalkan aku Meon?”

“Bukan beb…gua terpaksa balik. Mak Bapak gua meninggal tadi. Eksiden on the way balik masjid…” jawab Sameon tenang.

Sudin terkedu.

——————————————————————————————————————————————————————

ok. Habis satu Cerita. Gua dah ngantuk. Nanti sambung cite Gelas fresh Oren pulak ye. TATA!

# Moral: Ada hidup, ada nyawa, ada jiwa, maka akan adalah masalah. Cuma besar atau kecik, terpulang macamana hati kita nak menampungnya~

Pesan gua pada yang asyik merebut cinta orang yang tidak sudi padamu~

“Biarkan aku pergi..jangan buat aku menoleh lagi. Kerana cinta mu bukan untuk hatiku. Ia untuk dia yang sudah lama menunggumu..”

Pesan gua lagi

“Buat apa kau terus berpura-pura? Di hadapanku kau senyum, tapi nyatanya kau lilit hatiku dengan dawai berduri?”

“Aduh! sakit sungguh saat aku melihat kau bercanda. Sedangkan aku hanya di biar berendam airmata. Sial sungguh rasa ini..”

“Sudah. Cukup sudah! Aku penat menunggumu dalam diam. Kini, kau gembira dengan dia yang lebih sesuai..oh itu sudah cukup membahagiakanKU ..ya! dengan melihat kau tertawa..walau aku berendam airmata..”

Jangan jadi begini..bodoh namanya!

“Kembalilah nyawaku. Kembalilah cintaku. Aku sanggup menunggumu untuk seribu tahun lagi..”

“Aku tahu, aku bukan di hatimu..dan aku juga tahu, tiada siapa di hatiku selain kamu..”

“Aku tolak cinta yang lain. Aku tolak hati yang lain. Aku tolak harapan mereka yang lain. Meski aku sendiri yang ditolak olehmu..”

Bangun! cari cinta yang lebih menghargaimu..

“Aku tahu siapa aku di hatimu. Dan kini aku juga tahu dimana hendak meletakkanmu. Di hujung perut. Supaya bila aku ke tandas, kau akan hilang bila aku flush!”

<<hahaha. gua suka cara atas ni!>>

“Ah! aku tak peduli dengan senyuman mu lagi. Setelah aku tunggu begitu lama..aku kini punya senyuman baru..yang lebih ikhlas. Tanpa ada bayang-bayangmu!!”

“Nah! tengok..aku dah berjaya lupakanmu. Bila aku tengok kekejaman Israel di you tube. Aku bayangkan engkau, yang kejam dengan hatiku..puihhh!!”

“Cinta dan harapanmu itu ibarat ganja. Selesai hisap, aku melayang. Selepas habis kesannya aku ketagih. Bila tiada bekalan..aku gila. Dan kini aku di pusat pemulihan. Celaka sungguh kamu!”

“DAMN DAMN DAMN!! kau ku ibaratkan macam sotong!”

err..yang last tu gua tak tau apasal gua terpikir macam tu. haha.

sekian.

Hari tu, gua ponteng tusyen. Rasa malas mula bertimpa-timpa. Penat pun ada. Tadi lepas tolong mak gua, gua jalan kaki dari rumah menuju ke bus stop. Matahari macam dengki kat gua. Berpeluh-peluh ketiak gua. Dalam perjalanan tu la setan mula hasut gua. haha. Gua ada idea! Dengan seluar track ngan T-shirt hitam. Gua lepak kat game center kat atas Jusco maluri. Gua beli token lima ringgit hasil dari usaha gua simpan upah tolong mak gua meniaga. (Mak gua meniaga jual nasik tepi jalan..)Gua jalan pusing-pusing sorang diri. Gua tengok game Daytona kosong. Gua duduk, masukkan token pastu gua start main.

Tengah syok layan lap, ada satu tangan tepuk bahu gua. Gua tak amik kisah pun, sebab dah final lap. Punya syok main, gua tak sedar pun sapa belakang gua. Akhirnya. Lepas tulis nama sebab dapat ranking, gua tersenyum puas. hehe. dapat tulis nama kat game center kira hebat aarh time tu. Esok time sekolah, gua boleh kecoh kat kelas. Dalam gua berangan, tangan yang tepuk gua tadi terus tarik telinga gua.

Adeh! gua menyeringai. Gua pusing. Tiba-tiba gua rasa darah gua berenti. Alamak! Bapak gua! Sial.. gua dah ketap bibir, telan liur.

“Kat sini kau ye? Abah suruh kau pergi tusyen, kat sini kau main game!!!”  mUKA abah gua dah bertukar jadi incredible hulk. Kaler je masih sama..tak tukar hijau. Gua dah menggigil tahan kencing.

“Abah..sorry bah..” Gua hanya mampu tunduk pandang lantai game center yang berkilat. Gua tengok orang sekeliling dah pandang gua macam gua bogel. Malu seh!

“Kau tu nak peksa tahun ni. UPSR nak dekat. Abah penat cari duit, antar kau belajar sana sini, kau boleh lepak kat sini? Dah, pergi balik!!!”  abah gua jerkah gua kaw-kaw punya. Budak-budak kat game yang sebaya gua masa tu, mula slow-slow blah. Maklumlaa..abah gua datang ngan baju seragam lengkap. Dia buat rondaan area situ minggu tu ngan partner dia. Abah gua keje IPK kl beb masa tu. Ya, Abah gua polis. haha.

Gua angkat beg pastu gua blah dengan muka merah. Malu satu hal, sakit kena piat telinga satu hal. Dalam perjalanan balik, gua dah mula terbayangkan nasib gua malam ni. Mampus gua..mampus!

Sampai rumah, adik gua yang no 2- padly dah menyeringai tepi pintu. Gua buat muka jeruk. Terus masuk bilik pastu gua campak beg. – Tanda protes.

“Kak, abah carik kau tadi..Cikgu Azman cakap ko takde kat tusyen..” Muka padly dah terjonggol depan pintu bilik gua. Gua usha dia pelik.

“Aku tau aarhh..!! Abah carik aku kat game tadi..” Slow je gua balas. Padly meneringai lagi. Ish, time tu gua rasa cam nak sepak sepak je adik gua tu. Tapi gua lagi risau pikirkan nasib gua malam ni. Dengan kadar marah tahap gaban, gua bangun hempas pintu bilik. Lepas tu gua terlelap. Sedar-sedar je dah malam.

Gua bangun, terus amik tuala nak mandi. Gua keluar je bilik, gua tengok abah gua ngan mak gua tengah tengok tv – buletin utama. Gua dengan perasaan takut-takut terus masuk bilik air. Sebelum tu sempat mak gua pesan.

“Akak, lepas mandi, sembahyang duduk sini jap. Mak nak cakap sikit..” suara mak gua yang lembut tapi tegas buat gua makin kecut perut.

“Ok..” gua balas.

Lepas setel mandi, sembahyang …gua keluar mengadap Tuan Hakim ngan Peguamcara kat ruang tamu. Gua kena bicara itu malam. Peguambela? heh…gua sendiri la..

Bapak gua senyap je. Mak gua kan peguam cara..dia yang banyak bercakap. Gua cakap sepatah, di balas dengan berpatah-patah. Lepas puas kena bebel tahap dewa…tiba masa hukuman. Macam biasa, gua tadah tangan. Ready je. Bapak gua kelarkan rotan setebal dua jari. (rotan ni jugak senjata yang bapak gua guna wat ajar ngaji gua..haha)

Zasss…zassss…zassss…!!

3kali Rotan hinggap kat tapak tangan gua. Pergh! meleleh airmata gua. Mula-mula setitik. Tapi gua steady lagi walaupun sakit. Lepas habis bicara, gua mintak maaf pastu gua masuk bilik. Dalam bilik, kolam airmata gua dah macam air terjun. Tapi gua takde la melalak. Cuma mengalir slow-slow je. Gua tersedu-sedu. Gua baring sambil airmata gua kesat kat selimut.

Lepas sejam. Gua rasa mengantuk. Padahal petang tadi gua dah tido. Tapi mungkin sebab penat menangis, gua rasa mamai. Pastu tiba-tiba gua sedar ada orang masuk bilik gua. Abah gua rupanya. Gua terus pura-pura tidor.

Dia amik tangan gua, dia bubuh minyak. Memang berbirat aaar tangan gua masa tuh. Dia pegang kepala gua.

“Kakak, jangan buat lagi macam ni ok. Akak nak peksa tahun ni. Abah nak akak buat betul-betul. Jangan main-main. Kakak anak sulung. Jadi contoh pada adik-adik. Mak ngan abah cari duit nak bagi akak belajar betul-betul. Jangan hampakan abah. Abah ngan mak sayang akak..”

Lepas tu, abah gua blah. Gua sempat dengar, mak gua tanya abah gua kat luar bilik.

“Kakak dah tido ke bang?”

“Dah..” jawab abah gua.

Selepas drama tu berlaku, gua sekali lagi menangis. Kali ni bukan sebab sakit, tapi sebab gua rasa sedih. Gua dah kecewakan orang yang sayang gua. Gua rasa gua anak yang jahat. Dan gua rasa macam-macam sampai la gua terlelap…Maafkan akak..mak..abah..

Padan muka gua~

Dan…kisah bersambung masa gua start peksa UPSR.

bersambung..

Kejadian Misteri

Petang tadi kat kedai mamak, gua duduk sorang2. Air teh ais gua hirup slow2 sambil tunggu mee goreng gua sampai. Jam dah pukul 430 petang. Gua baru nak lunch. Lapar. Tapi tak selera sangat. Penat gile macam baru lepas menyawit. Hehe.

Sengaja gua lepak sorang sorang sebab gua perlu masa bersendirian. Semak kat kepala dah macam hutan belantara. Nak jalan tepi kanan, sempit. Nak jalan tepi kiri, pun lagi sempit. Jalan depan gua memang ada tapi bengkang bengkok. Tak lurus. Gua nak reverse ada tulis ‘no entry’. Haish. Lalu gua putuskan, terus kan aje jalan yg di depan. Walau banyak corner, gua teruskan je. Time lap maut, gua slow. Time jln lurus gua speed. Janji jalan! Haha ..ape ni? gua da start merepek.

Ok. Berbalik pada kejadian di kedai tadi..

Gua tengah syok berangan, tiba2 meja depan gua ada satu perempuan duduk. Dari gaya, gua rasa dia dah kawen. Muka comel. Tapi raut wajah berkerut. Macam pikir sesuatu. Tangan kat handphone. Mata dok mengecik. Kejap2 terkebil kebil. Atas meja penuh fail. Sekejap sekejap ada orang call. Dia asyik jawab telefon je.

Sorang mamak datang amik order. Gua dengar dia mintak teh ais ngan mEe goreng gak. Sama cam gua. Lepas mamak tu blah, dia sambung cakap telefon lagi. Tangan kanan dia pegang pen. Tulis sesuatu atas kertas. Pastu dia selak2 fail.

Memang perempuan ni tak pandang langsung sekeliling. Agaknya kalau ada pengebom berani mati atau perompak kat kedai tu, dah lama dia arwah. Haha. Dia sambung lagi menulis. Satu demi satu kertas depan dia kena selak. Macam carik sesuatu yang penting. Bz sungguh minah ni. Gua tengok dia pun, dia tak perasan. Kat kedai makan pun keje dia masih ada kat tangan.

Sadis gua tengok keadaan macam tu. Gua dapat rasa life dia tengah serabut. Mungkin bukan kat family atau kawan..dia serabut ngan KERJA! Gua nampak komitmen dia kat situ.

Teh ais dia sampai. Gua nampak dia sedut sekali jer. Lepas tu tangan dia kembali di handphone. Ais kat gelas mula mencair. Gua mula rasa kesian. Dia menggadai kan seluruh masa dan tenaga untuk kerja. Tapi mungkin balasan nye berbaloi. Hurm..ada logiknya. Manusia boleh jadi macam-macam.

Jadi hamba pada wang, jadi hamba pada urusan duniawi. Itu pilihan masing-masing. Cuma gua kesian tengok minah ni. Nak makan pun tak nyempat2. Kesian. Memang kesian.

Tiba2 tepon gua berbunyi.

“Kak, balik opis jap. Ada sales meeting.”

Tu sms budak opis gua. Segera gua bangun. Mintak mamak tu kira. Tapi mamak tu cakap mee goreng gua dah siap.

Aiseh! Gua garu kepala.

“Takpe ane, u kasik itu perempuan. Dia ada order jugak..” Gua tunjuk meja depan gua. Eh? Mana dia pergi?

Mamak tu heran. Depan gua takde sapa pun sebenarnya. Gua duduk depan cermin. Yang gua nampak tadi tu diri gua sendiri rupanya!!

“Aiyo kakak. Mana ada orang sini.. U tadi duduk sini banyak sibuk. Dari tadi ckap telefon jugak. itu mee saya kasik tapau aaa..oh! Ini fail jangan lupa kakak..”

Gua terkedu. Gua cuma angguk kepala slow slow..

Di depan cermin baru gua nampak diri gua sebenar….

Ish dia ni..!
Tido lagi
Bangun lah!
Bangkit!
Nak tunggu apa lagi?

Hati dah tunggu
Jiwa dah bosan
Akal dah meronta
Sendi dah menggeletar
Kaki dah bergoyang

Tunggu apa lagi cinta?
Datang lah.
Tuju ke sini.
Mana?
Sini…
Semangat aku dah tunggu lama
Dah tak larat
Dah penat

Eh? Tengok tu..
Main main pulak!
Mari sini cinta
Mari sini sayang
Mari sini nyawa
Sini…

Laa…kenapa cakap macam tu?
Kan aku dah bagi semua?

Oiii! Salah cinta rupanya..
Grrrrrrrr..!

Asing

Kekok aku dengan dunia
Rasa asing
Rasa sunyi
Rasa sepi

Perjalanan jauh terbentang
Aku masih merangkak
Ingin aku terbang
Tapi tiada kepak

Lalu aku mengensot
Perlahan
Laju
Kuat
Tapi masih bergerak
Tanpa henti

Selagi ada nadi
Selagi ada nyawa
Walau aku asing di sini
Aku tetap sama
Yang beza
Cuma langkahku

Aduh lupa!
Kalian bagaimana?
Masih melangkah juga?
Bagus.

~tak boleh tidor! Haish!!~

Pesanan Gua~

“Kalau bercinta~ simpan sikit keraguan di hati..supaya bila jatuh suatu hari nanti..kita masih boleh bangkit..bukan terus tersungkur..”

Pesan gua lagi..

“Bukan bererti si dia sering memaafkan, kamu terus ulang kesilapan yang sama..cubalah bercinta tanpa menyakiti hati orang lain..”

Lagi..

“Jika melepaskannya adalah jalan terbaik, maka lepaskanlah..kerana cinta bukan untuk saling menyakiti..tapi untuk mendoakan kebahagiaan masing-masing..”

Lagi dan lagi..

“Kita tak tahu tahap cinta seseorang itu hingga tiba saat berpisah…dan kita tak tahu sejauh mana dia bersabar sehingga tiba saat dia betul-betul marah..”

Ermmm…pesan gua lagi..

“Cinta itu misteri yang jarang terungkai..sesuatu yang tak boleh di jawab dengan logika..”

Tapi yang pastinya..

“Cinta itu indah! tak seindah kata-kata ini..tapi yang pasti, ianya lebih jelita! “

 

*bercintalah semahunya. selagi nafas masih ada. ia hidup dan tak akan mati. walau jasad terkujur kaku..cinta itu tetap ada….*

Harimau Bernombor

Aduh! pusing..

Kepala jadi bingung

Si dungu mula bicara..dia lah harimau bernombor..

Dua belas katanya.

Aku hanya senyum..

Si dungu berkata lagi..

Jangan di kacau harimau bernombor..

Ramai nanti yang datang berekor..

Semangat setiakawan si belang jangan di cabar

Satu jatuh, berpuluh datang pungut..

Ewah..si dungu bicara lagi..

kali ini lebih bongkak dan senyum sinis di bibir terukir..

Milo ais di depan hanya di pandang sepi..

Aku diam dan bisu..

Hanya mendengar suara si dungu..

Sambil tunduk memandang selipar..

Hey! kau..iya, kau!

Apa?

Jangan berpaling kalau aku tengah bicara..

Aku harimau bernombor..

Harus patuh dan takut..Harus dengar dan turut..

Aku harimau yang garang..Aku di gelar si belang..

Aku harimau bernombor..

Nombor dua belas nombor aku..

Lalu aku bangkit

Dan memandang tepat ke matanya

Dua belas itu angka yang sedikit..tahu?

Satu campur dua jawabnya tiga..tahu?

Aku juga harimau..

Nombor aku sembilan..tahu?

 

 

Dan si dua belas hanya tunduk. Malu.

 

 

 

Hikayat Buat Pemimpin~

Status kehidupan gua agak tertekan sejak kebelakangan ni. Gua jadi orang paling sibuk kat opis. Memang ada beberapa berita baik. Gua naik pangkat lagi ~ pencacai merangkap kuli seumur hidup! haha. Tapi gua suka. Kerja dan jawatan baru buat gua lebih keras dan usaha gua dua kali ganda daripada biasa. Terima kasih jugak pada bos gua yang pandang hasil usaha gua selama ni. Gaji naik, Pangkat naik dan pastinya kerja yang bertimbun timbun naik macam dah tak nak turun-turun~ haha. Terima Kasih Bos!

Dia seorang manusia yang paling gua respect. Kebajikan budak-budak bawah dia semua dia amik port. Seorang yang tak kedekut. Dia dapat banyak, dia kongsi ngan semua staff. Semua dapat rasa. DIa amalkan konsep sharing n team work dalam kerja. Sebab tu gua tak pernah mengeluh dalam apa jugak kerja yang dia bagi. Gua ikhlas buat apa pun untuk dia and company. Satu hari nanti, kalau gua ada syarikat sendri, gua ada cita-cita nak jadik macam dia.

Dia pernah jatuh bila dia di tempat yang tinggi. Dan masa dia jatuh, semua orang bawah dia, dukung dia dan bantu dia bangun semula~ pergh! jarang kita dapat orang macam ni. Dan dia tak pernah berhenti untuk berusaha dan berusaha dan berusaha untuk berjaya. Namakan saja apa jenis tangga, eskalator atau lift, semua dia panjat semata-mata untuk pulihkan keadaan. Dan, Tuhan itu MAHA KAYA. Bos gua niat dia, dia nak kaya bukan sorang-sorang. Dia nak semua budak-budak dia kaya jugak. untuk itu, jalan dia di permudahkan dan kini dia bangkit balik dari realiti yang menyakitkan. 

Dia tak payah carik orang. Orang carik dia..Waktu dia jatuh, semua budak setia ngan dia..dan sanggup kerja tak bergaji. Sampaikan dia sendiri halau.

“Korang gi la carik kerja lain..aku tak mampu bagi gaji kat korang dah..Pergi lah. Takpe..aku tak kisah..” 

Tapi budak-budak dia masih ada dengan dia. Diorang berkeras nak susah payah sama-sama tanpa pedulikan hidup sendiri. Hebat tak pengorbanan seorang staff pada bosnya? Hebat kan? Tapi apa yang lebih hebat adalah, apa yang bos buat pada staffnya di saat kejayaan syarikat tak pernah di lupakan oleh orang bawahan macam gua. Waktu bos gua senang, tak pernah sekali pun gua susah. Dia senang, gua pun dapat rasa senang. Tak banyak, ada sikit yang dia hulur. 

Cara dia mudah. Gua share kat sini. Apa kriteria yang dia ada sampaikan budak-budak semua setia ngan dia…

1) Dia Tak Pernah Mendorong/Memaksa  Tapi Dia Membimbing.

2) Keputusan Dia bukan atas dasar KuASA yang dia ada Tapi Atas dasar kemanusian dan hukum logik

3)Dia tak pernah timbulkan RASA TAKUT staff pada dia..Tapi dia lebih senang kalau di hormati sebagai KETUA

4) Dia jarang sebut ‘saya’ Tapi selalu sebut ‘KITA’

5) Dia jarang salahkan sesiapa atas mana-mana kesilapan, Tapi dia selalu jadi orang pertama yang cuba betulkan kesilapan tu..

6) Dia jarang sebut ‘Saya tau macam mana nak buat’ tapi dia selalu sebut “Mari, saya tunjukkan macamana nak buat..”

7) Dia jarang gunakan orang untuk kepentingan dia..Tapi dia suka polish dan develop seseorang tu agar berjaya dan berfikir seperti dia.

8) Dia tak suka orang puji dia..Tapi dia suka puji orang kalau sesuatu kerja tu jalan lancar..”good job” katanya. Oh~ gua cukup suka part ni..hehe

9) Dia jarang cakap..’pergi’ ..Tapi dia suka cakap, “jom pergi”

Hebat kan?

well..kalau lu orang jadik bos, jadik la “ketua”…ada beza antara bos dan ketua.

Jadik pemimpin. ITU LEBIH MANIS~

ewah~ sukahati je gua panggil orang bangang kan? Dah tu. Dah memang bangang. Gua nak panggil apa lagi? Takkan semata-mata nak jaga hati orang, gua kena berpura-pura cakap dia pandai…. padahal hakikatnya dia bangang macam platipus?

Now, Watch and Learn! ewah- cam kenal je ayat? haha.

Tapi soalan money drop nye.. dengan golongan mana yang gua bengang sangat tu?

Jawapannya mudah !! – manusia yang rasa diri dia lonely, sunyi, keseorangan dan satu kampung dengannya lepas tu dok mengadu kat orang lain atau post status kat fesbuk:

“Wei, carikkan aku awek. Aku jeles la tengok korang semua ada kapel”

atau

“Alamak, bisnes aku makin jatuh la..aku takut nak contact ‘Encik Peniaga Yang Berjaya’ tu nak dapatkan contact. Dia hebat. Aku ni siapa…”

atau kat status FB:

“Sunyi nye hari ni. Cam takde orang je kat wall?”

atau

“Alah. Makan sorang lagi mlm ni. Hai..ape la nasib~ T_T”

DANNNN….macam-macam lagi ayat yang menggambarkan betapa sepi dan ‘singular’nya hidup diorang…

ANALOGI GUA:

Manusia ni gua ibaratkan macam Arkitek- maksudnya- Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya suka hati macam mana bentuk yang dia nak . Tapi lepas dah siap kadang-kadang dia tak suka apa hasilnya dan dia mula mencari seseorang atau sesuatu untuk di persalahkan tanpa cuba untuk membaiki diri dia sendiri.

Dan kenapa gua cakap orang yang lonely atau keseorangan tu seorang Arkitek yang bangang?Mudah je.

Dah tentu-tentu kita sebagai arkitek dalam kehidupan kita sendiri dan boleh bina apa saja yang kita nak, kenapa mesti kita  membina DINDING sedangkan kita boleh memilih untuk membina JAMBATAN?

haaaa… nampak?

Dah tau sunyi, gi la carik alternatif untuk hilang kan kesunyian

Dah tau tak de awek, usaha la pergi usha sendiri..tak payah suruh kawan. (tapi lain la kalau korang cakap – eh, budak kelas ko tu lawo la. Tolong mintak no tepon..) << tu ayat berbaur usaha jugak pada gua. haha.

Dah tau bisnes makin jatuh, rajin-rajin kan la mulut bertanya dan cuba bergaul dalam majlis-majlis formal contohnya masa kenduri kawin anak-anak datuk yang korang pergi. Bukan tau nak berebut masa amik makanan je.

Dah tau wall fesbuk korang sunyi, gi la wall orang lain buat onar. Kalau ko tak femes, ko nak harap orang gi kat wall ko..huh! tak dapat jack~

Dah tau ko di takdirkan makan sorang malam tu – dan ko tak rela…calling2 la member2 yang duduk area umah korang. Takpun, ajak aar anak jiran sebelah ke. Untung2 bleh jadik awek..pastu tiap2 malam boleh makan free kat  umah bakal mak mentua. Kan dah tak sunyi lagi? haha.

Sebenarnya apa yang gua nak tekankan..Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah. Komunikasi itu penting kalau korang nak di kelilingi oleh sahabat, ahli keluarga atau rakan niaga agar korang tak rasa sunyi macam dalam kubur. Buat apa korang letak dinding dalam kehidupan korang sedangkan korang mampu membina jambatan dalam arus teknologi jaringan sosial yang semakin mencanak-canak sekarang ni? 

Takde POINT korang buat akaun fesbuk, tweeter, tagged , my space dan segala akaun lagi la tapi hakikatnya korang MASIH SUNYI. Nama pun jaringan sosial. Jadik, bersosial la sehabis mungkin. Paham?

Tapi sebenarnya, ada jugak yang menggunakan istilah sunyi dan sepi dalam status untuk memancing undi. Attention Seeker kata orang jawa. haha. Bijak-bijak. Tapi itu membuatkan kadar kemeluatan orang semakin mencanak-canak. Alah. Korang bukan kisah pun kan?

So, wahai arkitek-arkitek sekalian. Jadi lah seorang arkitek yang bijak dalam membina hubungan sesama manusia supaya korang tak tergolong dalam kategori arkitek yang bangang.Ingat! bina Jambatan bukan Dinding!

ps: Maaf. Bukan niat gua nak cakap arkitek satu profesion yang bangang. Sila fahami analogi gua sebelum jadi Si Hakim Tak Bergaji!! (ewah..gua dah pandai link kan post! noob kan? haha)

entry yang sangat merapu~maaf- kualiti nya macam ikan sardin!